Sekapur Sireh
FELDA Travel, anak syarikat Kumpulan FELDA telah ditugaskan untuk menceburi bidang perhotelan, perjalanan dan pelancongan. Mulai tahun 2005 khidmat mengurus jemaah umrah dan haji telah dimulakan dan kini mendapat sambutan baik dari pelbagai kategori pelanggan. Masih ramai yang belum mengetahui bahawa perkhidmatan umrah/ haji melalui FELDA Travel telah dilaksanakan bukan sahaja untuk warga FELDA tetapi juga perkhidmatan ini terbuka kepada semua pihak. Kepercayaan kepada produk jenama FELDA sudah terbukti setelah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan telah melalui berbagai proses yang fokus utamanya untuk meningkatkan kualiti dengan sentiasa diberi penambahbaikan yang berterusan dan nilai tambah. Pakej Umrah dan Haji yang ditawarkan merupakan satu lagi produk pilihan kepada awam. Kita menawarkan hanya produk yang terbaik dan berkualiti dengan kos yang mampu dan patut. Alhamdullilah setakat ini maklumbalas yang diterima adalah memberangsangkan. Kita berharap pelanggan yang telah pernah bersama kami dapat menyampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan-puan untuk bersama-sama kami bagi menjayakan satu produk yang berteraskan ibadat yang merupakan rukun Islam yang wajib dikerjakan oleh yang berkemampuan. InsyaAllah mudah-mudahan kesejahteraaan yang kita cari mendapat ehsan dan redha Allah SWT. Kami mengakhiri sekapur sireh ini dengan merakamkan jutaan terima kasih diatas sokongan tuan puan selama ini dan berdoa agar sentiasa diberi kesihatan yang sempurna bagi meneruskan khidmat ini kepada para Jemaah yang kami hormati. Terima kasih. (Dari meja Pengarah Eksekutif) |




